Wednesday, February 29, 2012

Tahun 1: Ciri-ciri Bentuk 2D

Posted by SSA.K | miyu at 9:56 PM 0 comments



Bolehkah anda nyatakan bentuk-bentuk 2D yang terhasil daripada permukaan objek-objek di atas?


Sekarang, mari kita mengenali ciri-ciri bentuk 2D dengan lebih lanjut~



SEGI EMPAT SAMA

  • Empat sisi lurus.
  • Empat bucu
  • Kesemua sisinya sama panjang.



SEGI EMPAT TEPAT

  • Empat sisi lurus.
  • Empat bucu.
  • Dua sisi bertentangan adalah sama panjang.


SEGITIGA


  • Tiga sisi.
  • Tiga bucu



BULATAN



  • Satu sisi lengkung sahaja.



Jom lakukan aktiviti!!

((Klik di sini. ))

Selamat mencuba~

Monday, February 27, 2012

Latihan: Masa dan Waktu

Posted by Schuu8017 at 12:20 PM 1 comments
Sekarang, murid-murid diminta untuk menentukan sama ada gambar yang ditunjukkan berlaku pada waktu pagi, petang ataupun malam. Isi jawapan di ruangan yang disediakan.

1.


____________________
2.


____________________

3.

_____________________

4.

_____________________

5.
____________________

6.
_____________________

Untuk kembali semula ke nota, klik di 'sini'.


Apa itu a.m dan p.m

Posted by Schuu8017 at 12:07 PM 0 comments
Tahukah murid-murid, selain menggunakan pagi dan petang, kita juga menggunakan format a.m dan p.m semasa menulis waktu.





Apa itu a.m dan p.m?
.
.
.
.
.
.
.
.


a.m menunjukkan waktu pagi dan p.m menunjukkan waktu petang.


Perkataan atau dua huruf a.m dan p.m adalah berasal dari latin yang membawa maksud, a.m bermakna 'Ante Meridiem' atau dalam bahasa Inggerisnya 'before midday', manakala p.m adalah 'Post Meridiem' dan dalam bahasa Inggerisnya 'after midday'.





Dengan penjelasan di atas, diharap murid-murid tidak lagi keliru dengan penggunaan a.m dan p.m.





Tahun 1: Mengenali Bentuk 2D

Posted by SSA.K | miyu at 11:52 AM 0 comments

Mari kita lakukan sedikit aktiviti!

Bahan yang diperlukan:
Pensel, kertas lukisan.





A) Menggunakan buku tulis:


1) Ambil buku tulis anda.

2) Letakkannya di atas kertas lukisan.

3) Lukiskan garisan mengikut bentuk buku tersebut.

4) Apakah bentuk yang terhasil pada kertas lukisan anda?




B) Mengunakan model 3D piramid (atau sebarang objek berbentuk piramid):

1) Gunakan permukaan condong bentuk piramid dan letakkannya di atas kertas lukisan.

2) Lukiskan garisan mengikut permukaan sisi piramid yang ditekapkan pada kertas.

3) Kenal pasti bentuk yang terhasil pada kertas lukisan anda.



Ulangi aktiviti ini menggunakan objek-objek yang berikut:


Apakah nama bentuk-bentuk yang dihasilkan setelah objek-objek ini ditekapkan pada kertas lukisan?

Teruskan membaca untuk mengetahui jawapannya!
(Klik pada tajuk entri ini)

Friday, February 24, 2012

Tahun 1: Mari kenal hari

Posted by Schuu8017 at 10:59 AM 0 comments
Dalam seminggu ada 7 hari

Mari kita menyanyi lagu Days of The Week



 

Jom Belajar Matematik Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez