Showing posts with label Tahun 4. Show all posts
Showing posts with label Tahun 4. Show all posts

Friday, March 30, 2012

Penambahan : Menggunakan Sampoa (Abakus)

Posted by Fatin (n_n) at 1:19 PM 14 comments
Bagi adik-adik yang tidak tahu menggunakan sampoa, 
adik- adik boleh klik video di bawah untuk mempelajari 
asas penggunaan sampoa.



Bagi adik-adik yang sudah tahu menggunakannya, anda boleh terus mengikuti cara penambahan mudah menggunakan sampoa seperti di bawah.  



Penambahan Mudah 

Penambahan nombor satu digit dengan nombor satu digit 
tanpa kumpul semula.



1 manik di bawah dinaikkan ke atas
untuk menunjukkan nilai 1.

Untuk ditambah dengan nilai 2, naikkan 2 manik lagi  ke atas.

Hasilnya adalah 3.



Penambahan nombor dua digit dengan nombor dua digit 
tanpa kumpul semula.



Naikkan 2 manik bawah yang paling kanan ke arah palang/bim; dan
naikkan 1 manik bawah yang berada di sebelah kiri untuk menunjukkan 
nilai 12.

Untuk menambahkannya dengan nilai 31, 
gerakkan 1 manik di bahagian nilai tempat sa ke atas; dan 
3 manik bahagian nilai tempat puluh ke atas.

Hasilnya adalah 43.


Selamat Mencuba! (n_n)v

Tuesday, March 27, 2012

Tahun 4: Isi padu

Posted by SSA.K | miyu at 10:33 PM 0 comments
Isi padu bagi sebuah kubus dan kuboid boleh dirumuskan sebagai:

panjang x lebar x tinggi
(length x width x height)


Di bawah ialah contoh pengiraan isipadu bagi sebuah kuboid.


Sila ikut pautan ini untuk ke paparan yang lebih interaktif.

Di bawah ialah formula-formula isipadu bagi bentuk 3D yang lain.



Monday, March 26, 2012

Tahun 4: Perimeter

Posted by SSA.K | miyu at 12:02 PM 0 comments

Setiap sisi segi empat di atas panjangnya berukuran 3 cm.
Jika dicampurkan panjang setiap sisi,

3 cm + 3 cm + 3 cm + 3 cm = 12 cm.

Hasil tambah bagi setiap sisi luar bentuk 2D dinamakan sebagai perimeter!
Dari kata lain, perimeter ialah ukur lilit bagi sesebuah bentuk.



Garisan merah yang mengelilingi bentuk rumah ini mewakili perimeter bentuk tersebut!



Mari kita lihat contoh di bawah:


Segi empat ini mempunyai dua sisi berukuran 4cm dan dua lagi sisi berukuran 3 cm. Mari kita kira perimeter bentuk ini!

4 cm + 3 cm + 4 cm + 3 cm
= 14 cm

Oleh itu, perimeter rajah ini ialah 14 cm!




Sekarang, mari kita kira perimeter bagi bentuk segitiga di sebelah pula!

Segitiga ini terdiri daripada sisi yang berukuran 7 cm, 9 cm dan 12 cm. Oleh itu, perimeter bentuk ini dapat dikira,

7 cm + 9 cm + 12 cm
= 28 cm




Wednesday, March 7, 2012

Tahun 4: Ciri-ciri Bulatan

Posted by SSA.K | miyu at 4:41 PM 0 comments
Satu-satu bentuk terdiri daripada sisi.
Ada dua jenis sisi iaitu sisi lurus dan sisi melengkung.



Bulatan adalah bentuk yang mempunyai muka atau pun sisi melengkung.



Titik di tengah bulatan ialah pusat (centre).

Sisi melengkung yang membentuk bulatan ialah lilitan (circumference).

Garis lurus dari pusat ke sebarang titik pada lilitan ialah jejari (radius).

Diameter pula ialah garis lurus yang melalui pusat dan kedua-dua hujungnya terletak pada lilitan.


Sekarang, lihat pada gambarajah di bawah.





Dapatkah anda mengenal pasti yang manakah merupakan pusat bulatan, jejari dan juga diameter bulatan?





Jawapan:

pusat: O ; jejari: OA, OB, OD ; diameter: AD
 

Jom Belajar Matematik Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez