Showing posts with label Tahun 2. Show all posts
Showing posts with label Tahun 2. Show all posts

Friday, March 30, 2012

Penambahan : Menggunakan Sampoa (Abakus)

Posted by Fatin (n_n) at 1:19 PM 14 comments
Bagi adik-adik yang tidak tahu menggunakan sampoa, 
adik- adik boleh klik video di bawah untuk mempelajari 
asas penggunaan sampoa.



Bagi adik-adik yang sudah tahu menggunakannya, anda boleh terus mengikuti cara penambahan mudah menggunakan sampoa seperti di bawah.  



Penambahan Mudah 

Penambahan nombor satu digit dengan nombor satu digit 
tanpa kumpul semula.



1 manik di bawah dinaikkan ke atas
untuk menunjukkan nilai 1.

Untuk ditambah dengan nilai 2, naikkan 2 manik lagi  ke atas.

Hasilnya adalah 3.



Penambahan nombor dua digit dengan nombor dua digit 
tanpa kumpul semula.



Naikkan 2 manik bawah yang paling kanan ke arah palang/bim; dan
naikkan 1 manik bawah yang berada di sebelah kiri untuk menunjukkan 
nilai 12.

Untuk menambahkannya dengan nilai 31, 
gerakkan 1 manik di bahagian nilai tempat sa ke atas; dan 
3 manik bahagian nilai tempat puluh ke atas.

Hasilnya adalah 43.


Selamat Mencuba! (n_n)v

Monday, March 26, 2012

Penambahan : Bentuk Lazim

Posted by Fatin (n_n) at 12:05 PM 2 comments
Operasi tambah boleh diselesaikan dengan cara mudah iaitu melalui kaedah bentuk lazim.
Cara bagi menggunakan kaedah ini ialah:

Contoh soalan: 6+3=?
Langkah 1: Tuliskan nombor yang pertama
Langkah 2: Kemudian, tuliskan simbol '+'
Langkah 3: Tuliskan pula  nombor kedua di bawah nombor yang pertama.
Seperti berikut:

   6
+ 3
     

Langkah 4: Kemudian kira, dan tuliskan jawapan seperti berikut.
   6
+ 3
   9
 
Namun, kadang kala penambahan nombor yang besar perlu dilakukan seperti berikut:


Adakah anda dapat melihat bagaimana cara memisahkan 12 kepada  
1 puluh dan 2 sa ?

Kemudian, kita letakkan nilai 1 puluh tadi di atas lajur puluh.
Oleh itu, kita akan ingat untuk menambahkannya ketika mengira nilai puluh nanti

Setelah itu, anda bolehlah meneruskan pengiraan nilai puluh seperti biasa.


Jawapan bagi soalan ini ialah 32.

Jika anda ingin mencuba latihan atas talian, sila klik gambar di bawah :
Gambar adalah sekadar hiasan

Untuk latih tubi tambahan , sila klik link di bawah:

Selamat mencuba!

Tuesday, March 6, 2012

Tahun 2: Mengaitkan dan menerangkan bentuk 2D.

Posted by SSA.K | miyu at 2:49 PM 0 comments
Biskut Aida berbentuk segi empat sama.

Biskut ini mempunyai empat sisi.

Bilangan bucunya juga adalah empat.




Pinggan emak berbentuk bulatan.

Permukaan pinggan ini berbentuk bulat.

Pinggan tidak mempunyai bucu.




Sekarang, cuba anda isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.


Ini ialah segitiga.

Bentuk ini mempunyai ________ sisi.

Bentuk ini juga mempunyai _______ bucu.

Papan tanda amaran ini berbentuk _________!




Ini ialah bentuk segi empat tepat.
Bentuk ini mempunyai _______ sisi.
Sisi bertentangan adalah ______ panjang.
Bilangan bucunya ialah _______.

Sampul surat ayah berbentuk ________.




Ini ialah bentuk bujur.
Bentuk ini mempunyai sisi melengkung.
Ia tidak mempunyai ________.



Permaidani ini berbentuk _________.


Monday, March 5, 2012

Tahun 2: Mengaitkan dan menerangkan bentuk 3D.

Posted by SSA.K | miyu at 11:41 AM 1 comments
Kedua-dua bentuk ini mempunyai permukaan yang rata.
Kubus mempunyai 6 permukaan rata.
Manakala piramid pula mempunyai 5 permukaan rata.


Kedua bentuk ini mempunyai permukaan yang lengkung.
Kon mempunyai satu permukaan rata.
Manakala sfera tidak mempunyai permukaan rata.


Mari lakukan bersama-sama!

Kedua-dua bentuk mempunyai ________ permukaan lengkung.
Kon mempunyai ______ permukaan rata.
Silinder pula mempunyai _______ permukaan rata.


Kubus mempunyai _______ permukaan rata.
Sfera pula mempunyai satu permukaan ____________.
Kubus mempunyai 8 bucu. Manakala sfera pula ________ mempunyai bucu.


Kedua-dua bentuk mempunyai bucu.
Piramid mempunyai _____ bucu.
Manakala ________ pula mempunyai _______ bucu.


Ketiga-tiga bentuk ini mempunyai permukaan ________.
 

Jom Belajar Matematik Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez